Carian:
Selamat Datang [Masuk | Daftar]
Kategori: /Pakaian

Baju Langsing Nano Perfect Body

Baju Langsing Nano Perfect Body

Maklumat Produk

Turunkan Berat Badan Anda Dengan Baju Langsing Nano
(Slimming Suit) Perfect Body.

Perfect Body merupakan baju langsing yang dapat membantu wanita atau lelaki yang mengalami masalah berat badan mencapai  berat badan yang ideal.

Tidak seperti baju langsing yang lain, Perfect Body dilengkapi dengan infra merah yang dapat memaksimakan kesan dalam proses menurunkan berat badan.

 

Kenapa Perlu Langsing danTurunkan Berat Badan Dengan Baju Langsing Nano Perfect Body

Sebab #1   

   Baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan sinar infra merah jauh. Sinar infra merah jauh ini boleh melancarkan peredaran darah sekaligus boleh melangsing dan menurunkan berat badan.

Sebab #2

      Harga yang murah dan berpatutan.

Sebab #3

       Sesuai untuk semua golongan.

Sebab #4

   Baju langsing Perfect Body ini fleksibel dipakai.  

Sebab #5

     Baju langsing Perfect Body ini sangat selesa dipakai.

Sebab #6

       Baju langsing Perfect Body ini juga dilengkapi dengan anti bakteria dan anti kuman.

Sebab #7

      Warna baju langsing ini juga tahan lasak.

Sebab #8

       Baju langsing Perfect Body ini sungguh mudah dibersihkan.

Sebab #9

       Baju langsing Perfect Body ini juga mempunyai rintangan terhadap sinar UV.

 

CIRI-CIRI

 
Set baju langsing Perfect Body ini datang dengan 3 helaian asas.
 
1)    Singlet
2)    Panties
3)    Long Girdle
 
Set baju langsing Perfect Body ini dijual dalam warna hitam dan warna skin. Ia dijual dalam FREE size. Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar saiz pinggang yang melebihi 45” tidak memakai baju langsing ini.
 
Set baju langsing Perfect Body tidak sama dengan koset mewah yang lain. Baju langsing Perfect Body ini tidak mempunyai tali, zip, butang atau sebarang ikatan. Cara pemakaian baju langsing Perfect Body ada dinyatakan di dalam laman web ini.
 
Fabrik baju langsing Perfect Body ini lembut, menyerap peluh dan selesa dipakai. Fabrik baju langsing ini akan mengikut liuk lentuk tubuh badan apabila dipakai.
 
Set baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan sinar infra merah jauh. Ia dapat membantu para wanita atau lelaki melancarkan peredaran darah. Sinar infra merah jauh  ini merupakan teknologi daripada Jepun. Baju langsing perfect Body ini dilihat oleh wanita Jepun sebagai teman karib. Mereka menjadikan baju langsing ini sebagai baju dalam mereka.
 
Baju langsing Perfect Body ini dapat membantu wanita melangsing dan menurunkan berat badan. Untuk wanita yang sentiasa ingin mengekalkan bentuk tubuh badan yang cantik, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai. Untuk persediaan sebelum kahwin, baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai untuk mengekalkan bentuk tubuh dan untuk merasa lebih yakin.
 
Pancaran infra merah jauh merupakan sumber tenaga bagi benda-benda hidup. Ia mempunyai kesan-kesan penembusan, penyerapan dan resonans dengan benda-benda hidup. Ia menggunakan haba dalam pengaktifan molekul-molekul air di dalam badan disamping mengaktifkan sel-sel dalam tisu-tisu yang menghasilkan enzim-enzim untuk mencapai kesan janaan semula. Selagi terdapat suhu, ia akan membebaskan tenaga gelombang magnetik inframerah jauh yang mana menyediakan tindakan haba untuk menggalakkan metabolisme, peredaran darah dan pengumuhan sisa bahan.
 

Secara umumnya kita kurang terdedah dengan sinaran matahari yang mana akan menyebabkan tubuh kita tidak menyerap pancaran infra merah jauh ini. Dengan baju langsing Perfect Body ini, tubuh kita akan terdedah dengan pancaran infra merah jauh ini.

 

Antara fungsi-fungsi utama baju langsing Perfect Body ini ialah

1)
  Melangsingkan badan dengan lebih mudah dan ekonomi
 
Baju langsing Perfect Body ini boleh dijadikan sebagai pakaian dalam. Secara tidak langsung, dengan pemakaian baju langsing ini secara berterusan akan menyebabkan badan kita akan mengikut bentuk baju langsing ini.

2)  Menegangkan pinggul
 
Gabungan pemakaian panties dan long girdle set Perfect Body ini memudahkan pinggul ditegangkan. Untuk kesan yang maksimum selalulah bersenam dengan memakai baju langsing Perfect Body ini.
 
3)  Membakar lemak berlebihan
 
Lemak daripada badan dapat dibakar secara beransur-ansur. Ini kerana kesan daripada sinar infra merah jauh ini membolehkan peredaran darah kita menjadi lancar. Amalkan senaman yang teratur untuk kesan yang maksima.

4)  Pengumuhan toksik
 
Toksik dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui perpeluhan, air kencing dan najis. Dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini, peredaran darah menjadi lancar dan proses perkumuhan ini mudah berlaku dan toksik dapat dikeluarkan.

5)  Meningkatkan peredaran darah
 
Sinar infra merah jauh ini dapat melancarkan peredaran darah kita. Senaman yang teratur dapat meningkatkan lagi peredaran darah kita.

6)  Melegakan sembelit
 
Sistem peredaran darah yang baik memudahkan proses perkumuhan. Ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri kita daripada sembelit apabila memakai baju langsing Perfect Body ini.
 
7)  Melegakan sakit pinggang
 
Baju langsing Perfect Body ini dapat membetulkan postur badan kita. Dengan postur badan yang baik, sakit pinggang dapat dikurang dan dihilangkan.
 
8)  Mencegah kuman
 
Baju langsing Perfect Body ini dilengkapi dengan agen penyahkuman. Walau bagaimanapun, sekiranya baju langsing ini tidak dijaga dengan baik kuman masih dapat menghinggapi baju langsing ini.

9)  Membentuk tubuh badan secara semulajadi
 
Bentuk tubuh badan akan menjadi langsing dan cantik dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini.
 
10)   Mengurangkan keletihan
 
Apabila peredaran darah menjadi lancar, kita juga akan sentiasa segar dan akan mengurangkan keletihan
 
 
Keistimewaan baju langsing Perfect Body

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 1)    Dilengkapi dengan sinar infra merah jauh.

2)    Fleksibel dipakai

3)    Selesa dipakai

4)    Anti bakteria dan anti kuman

5)    Warna yang tahan lasak

6)    Mudah dibersihkan

7)    Rintangan sinaran UV

Kesesuaian Baju Langsing Perfect Body

 
Baju langsing Perfect Body ini sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. Ini kerana setiap lapisan umur memerlukan sinar infra merah jauh ini. Walau bagaimanapun, pihak kami mengesyorkan remaja atau dewasa berumur 16 tahun dan ke atas untuk memakainya. Faktor yang diambil kira ialah faktor saiz baju langsing yang sedia ada. Faktor ini diambil kira berdasarkan ukuran badan penduduk Malaysia. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memakai baju langsing Perfect Body ini walaupun anda berumur kurang daripada 16 tahun.
 
Baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai dipakai oleh ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ia sesuai untuk dijadikan pakaian pengganti bengkung kerana ia lebih mudah dipakai. Untuk kesan maksimum, pakai baju langsing Perfect Body dan bengkung bersama. Ini akan menyebabkan badan lebih mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada keselesaan pemakai. Untuk menjamin ketahanan baju langsing Perfect Body, jangan letakkan herba-herba yang boleh mengotorkan baju langsing Perfect Body ini secara terus. Untuk daun-daun herba yang bersih, tiada masalah untuk digunakan. Letakkan daun-daun herba di atas perut dan kemudian pakai baju langsing bersama supaya kesan herba dan kesan pancaran sinar infra merah jauh dapat bertindak balas dengan badan. Ini akan memudahkan lagi pelancaran darah.
 
Untuk para ibu yang melahirkan anak melalui proses pembedahan, dinasihatkan supaya tidak memakai baju langsing Perfect Body ini. Ini kerana dikhuatiri akan mengganggu proses percantuman jahitan selepas pembedahan. Beri masa kepada tubuh kita untuk pulih selepas pembedahan. Tidak perlu terburu-buru kerana penyembuhan luka lebih penting. Setelah diyakini kesan jahitan luka sudah pulih, barulah anda memakai baju langsing Perfect Body ini.

 

Kesan yang dapat dilihat semasa pemakaian baju langsing Perfect Body


1)  Kerap Berpeluh
Baju langsing Perfect Body ini dapat melancarkan peredaran darah. Ini secara tidak langsung memudahkan proses perkumuhan. Ini menyebabkan badan kerap berpeluh.
 
2)  Merasa panas
Peredaran darah yang semakin baik akan menyebabkan suhu badan meningkat. Ini akan memudahkan proses perkumuhan.
 
3)  Kerap dahaga atau minum
Apabila banyak proses perkumuhan berlaku, badan kita memerlukan kita untuk menggantikan mineral atau zat di dalam tubuh kita. Sebab itulah kita akan merasa dahaga atau minum dengan kerap. Sebaik-baiknya minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih untuk kesan yang maksimum.
 
4)  Kerap buang air atau angin
Proses perkumuhan termasuklah membuang air kecil, besar atau angin.
 
Sekiranya tanda-tanda seperti di atas dikesan, jangan risau kerana baju langsing Perfect Body sudah mula bertindak balas dengan baik terhadap diri anda.
 
Baju langsing Perfect Body ini boleh dipakai semasa bersenam. Ini akan memaksimakan kesan penggunaan baju langsing Perfect Body ini.
 
Dalam pengurusan tubuh badan, perkara yang paling penting dalam memastikan tubuh kita sentiasa sihat, cergas, langsing dan cantik ialah peredaran darah tubuh badan kita. Oleh kerana itu, rekaan baju langsing Perfect Body mementingkan kesan dalam peredaran darah manusia.
 
Dalam memastikan diri kita berjaya mencapai objektif diri kita sama ada untuk langsing atau kurus, perkara yang paling penting ditekankan ialah minda yang kuat dan keinginan untuk mencapai tujuan tersebut. Diet yang seimbang dan amalan kehidupan yang sihat adalah digalakkan. Diri kita tanggungjawab kita.

 

CARA PEMAKAIAN


Set baju langsing Perfect Body ini mempunyai 3 helaian asas.
 
    1)    Singlet
    2)    Panties
    3)    Long girdle

 

Untuk kesan yang maksima, pakai set baju langsing Perfect Body ini sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Sekiranya dipakai 24 jam sehari pun tidak menjadi masalah (lebih baik).
 
Sebelum memakai set baju langsing Perfect Body ini kita hendaklah memakai coli untuk wanita dan seluar dalam untuk lelaki. Ini untuk memastikan pembentukan tubuh kawasan tersebut lebih baik. (Perhatian: coli dan seluar dalam yang dimaksudkan ialah coli dan seluar dalam persendirian yang dipakai harian. Coli dan seluar dalam tidak disertakan di dalam set baju langsing Perfect Body ini).
 
Untuk lelaki pemakaian seluar dalam hendaklah dipastikan menutupi keseluruhan bahagian kemaluan.
 
Untuk wanita cara pemakaian coli boleh diikuti dengan langkah berikut.
  1. Condongkan badan ke hadapan
  2. Letakkan coli pada buah dada dan pastikan ia dilindungi sepenuhnya.
  3. Masih dengan posisi condong ke hadapan, pasangkan cangkuk coli pada bahagian belakang.
  4. Betulkan tali coli mengikut kehendak anda dan yang paling penting buah dada hendaklah dipastikan berada di dalam coli sepenuhnya.
  5. Selepas memakainya, cubalah bergerak untuk memastikan buah dada tetap berada sepenuhnya di dalam coli.
 
 
Pemakaian Panties
Pemakaian bahagian Panties seperti memakai seluar dalam biasa. Pakai dari bahagian kaki.
 
Pemakaian long girdle.
Long Girdle dipakai dengan menggulung seperti pemakaian stokin (sarung kaki). Sarungkan dari kaki dan tarik sehingga ke pinggul. Masukkan tangan anda ke dalam panties yang telah dipakai tadi dan betulkannya supaya semua bahagian paha dinaikkan ke atas.
 
Pemakaian Singlet
Seperti pemakaian long Girdle, gulung singlet seperti pemakaian stokin. Pakai dari bahagian kaki. Tarik sampai ke bahagian badan dan masukkan tangan ke bahagian lengan singlet tersebut. Peringatan: Sila pakai bahagian singlet ini dari kaki bukan dari kepala.
 
 


CARA MEMBASUH

Untuk membasuh baju langsing Perfect Body ini, sila ikuti tip-tip pembasuhan yang dinyatakan ini. Cara pembasuhan yang betul akan memanjangkan jangka hayat baju langsing Perfect Body ini.

 

 
  • Gunakan sabun pencuci yang lembut yang dicipta untuk pakaian dalam
  • Pastikan jumlah sabun pencuci yang digunakan adalah bersesuaian dan dilarutkan dengan betul
  • Jangan gunakan sebarang jenis peluntur
  • Cucian tangan secara sederhana
  • Bilas dengan betul kerana sabun pencuci yang tertinggal akan memendekkan jangka hayat baju langsing Perfect Body ini.
  • Perah baju langsing Perfect Body ini untuk mengeluarkan air secara berhati-hati atau keringkannya di antara tuala-tuala.
  • Jangan sekali-kali bilas atau perah dengan menggunakan mesin pengering atau mesin basuh.
  • Sidai di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk cucian tangan, jangan gunakan berus plastik. Gunakan berus sabut atau berus lembut. Ini untuk menjaga fabrik baju langsing Perfect Body ini.

 

Tips pembasuhan yang dinyatakan ini boleh digunakan ke atas baju-baju lain untuk memanjangkan jangka hayat baju-baju tersebut.

Soalan Mengenai Cara Membasuh
 
Soalan :
Apakah beza antara tip-tip pembasuhan dengan langkah-langkah pembersihan?
 
Jawapan :
Tip-tip pembasuhan yang dinyatakan di dalam laman web tiada bezanya dengan langkah-langkah pembersihan. Untuk kefahaman puan, langkah-langkah pembersihan adalah rumusan kepada tip-tip pembasuhan yang disenaraikan. Langkah-langkah pembersihan ini memudah kan puan untuk mengingati dan melaksanakannya. Untuk tip-tip pembasuhan, perlu diaplikasikan dalam pembasuhan untuk membolehkan baju langsing Perfect Body ini tahan lama. Tip-tip pembasuhan ini juga boleh diaplikasi ke atas baju-baju puan yang lain supaya baju-baju tersebut tahan lama.
 
Soalan :
Untuk mengeringkan baju langsing Perfect Body ini, bolehkah saya mengeringkan di dalam mesin pengering (dryer) ?
 
Jawapan :
Walaupun puan tidak menjemur baju langsing Perfect Body ini secara terus dengan sinar matahari, penggunaan mesin pengering ini juga boleh merosakkan kandungan Infra red di dalam baju langsing Perfect Body itu. Sebaik-baiknya keringkan baju langsing tersebut di tempat yang berangin dan teduh.

 

TESTIMONIAL
 
Saya tidak mengalami masalah berat badan. Dengan baju langsing Perfect Body ini, saya lebih yakin dengan penampilan saya. Saya juga sentiasa berasa segar sejak pemakaian baju langsing Perfect Body ini.

Farah Hashim
 
Baju langsing Perfect Body ini telah membentuk tubuh saya menjadi lebih baik. Saya memakai baju langsing Perfect Body ketika saya bersenam atau melakukan aerobik. Terasa lebih yakin. Saya memang mengesyorkan kepada rakan-rakan untuk membeli baju langsing Perfect Body ini.

Sarimah Osman
 
Saya dah memakai baju langsing Perfect Body ini selama 2 bulan. Saya memang memakai baju langsing ini siang dan malam. Saya memang tidak perasan tentang penurunan berat badan yang saya alami sehinggalah suami saya balik dari outstation menegur saya tentang penurunan berat badan yang saya alami. Saya sungguh bersyukur dan sehingga sekarang saya masih memakai baju langsing Perfect Body ini.

Dalila Mohd Shuib
 
Baju langsing Perfect Body ini sungguh sesuai disertakan dalam program penurunan berat badan saya. Dengan baju langsing ini, saya berasa sungguh selesa dan ia dapat memaksimakan program penurunan berat badan yang saya amalkan sekarang.

Sharifah Nur Amalina Wan Fauzul
 
Penurunan berat badan memang menjadi matlamat saya pada tahun 2007 ini. Dengan baju langsing Perfect Body ini saya merasakan yang matlamat saya akan menjadi kenyataan dengan disiplin yang ketat. Saya sudah memakai baju langsing Perfect Body ini sejak pertengahan Disember 2006. Saya sungguh merasa selesa dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini. Saya sungguh berharap agar 2007 ini menjadi tahun untuk saya menurunkan berat badan.

Umi Wahida Hashim
 
Saya sebenarnya malu untuk memakai baju langsing Perfect Body ini memandangkan saya seorang lelaki. Walau bagaimanapun, demi keazaman saya untuk menurunkan berat badan, saya pakai juga baju langsing Perfect Body ini. Dengan senaman yang teratur dan diet yang terkawal, Alhamdulillah saya berjaya menurunkan berat badan saya. Saya sungguh merasa bangga. Ramai kawan saya bertanya tentang rahsia saya. Saya tidak mendedahkannya kerana saya malu. Melalui testimonial ini saya berharap agar ramai lelaki yang mengalami masalah berat badan mencuba baju langsing Perfect Body ini. Ia berhasil untuk saya dan mungkin juga untuk anda.

Jejaka Kurus (Nama Samaran)
 
Kawan saya telah mencadangkan supaya mencuba baju langsing Perfect Body ini selepas bersalin. Saya sebenarnya agak malas memakai bengkung. Sebab leceh. Untuk menggantikan bengkung, saya pakai baju langsing Perfect Body ini. Memang mudah. Kalau saya rajin, saya memakai bengkung atas baju langsing Perfect Body ini. Untuk kesan maksimum. Tak tau lah orang lain, bagi saya baju langsing Perfect Body ini memudahkan saya dan ia sungguh berkesan. Selepas tempoh pantang, saya sudah boleh memakai baju-baju sebelum saya mengandung.

Rahimah Abdul Manaf
 
Sejak saya memakai baju langsing Perfect Body, saya lebih mudah membuang air besar. Saya juga rasakan yang badan saya semakin segar.
 
Siti Rozita Ghani
 
Saya belikan baju langsing Perfect Body ini untuk adik saya sebelum majlis perkahwinan dia. Dalam masa 3 bulan, saya dapati ada perubahan dalam bentuk badan adik saya. Saya terus membelikan satu set baju langsing Perfect Body untuk isteri saya supaya dia akan terus mengekalkan berat badan dan bentuk badannya kini.
 
Rahim Abdul Ghafar
 
Diet saya mudah dikawal dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini.
 
Jamilah Hassan
 
Saya sungguh gembira bila ramai yang sudah bertanya “Apa yang kau makan?”. Saya rasa sungguh berkeyakinan sekarang.

Siti Naimah Kamal
Baju langsing Perfect Body ini membantu saya membentuk tubuh dengan lebih baik. Dengan senaman dan baju langsing ini, bentuk badan saya lebih mudah dibentuk. Saya sungguh selesa dengan baju langsing ini. Saya sendiri sudah mempunyai 2 set baju langsing ini. Satu digunakan untuk bersenam dan satu lagi untuk kegunaan harian.

Nurul Akmal Nurhisyam

 

Frequently Asked Questions (FAQ)
 
Soalan :    
Berapakah harga satu set baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Harga satu set baju langsing Perfect Body ini ialah hanya RM 220 sahaja
 
Soalan :
Bolehkah saya membeli satu bahagian sahaja daripada keseluruhan set baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Pihak kami tidak menjual set baju langsing Perfect Body secara berasingan. Pada masa ini kami berpendapat adalah lebih baik menjual set ini secara keseluruhan. Ini kerana kami merasakan baju ini dapat memberi kesan yang maksima sekiranya dipakai satu set.
 
Soalan:
Bolehkah saya memakai baju langsing Perfect Body ini selepas bersalin?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body memang sesuai dipakai untuk wanita selepas bersalin. Untuk kesan yang maksima, pakai baju langsing Perfect Body dan kemudian pakai bengkung tradisional. Walau bagaimanapun, sesetengah   wanita mempunyai alahan selepas bersalin. Kadangkala mereka akan mengalami kegatalan atau kulit menjadi kemerahan. Sekiranya keadaan ini berlaku, segera berhenti memakai baju langsing atau bengkung. Jumpa doktor dan minta nasihatnya. Kadangkala alahan kulit selepas bersalin ini disebabkan oleh pemakanan si ibu.
 
Soalan :
Adakah sebarang kesan sampingan sekiranya saya memakai baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
 Baju langsing Perfect Body direka khas untuk melangsingkan tubuh badan dan disesuaikan dengan tubuh badan manusia. Tiada kesan sampingan ke atas manusia. Walau bagaimanapun, sekiranya selepas memakai baju langsing Perfect Body ini terdapat tanda-tanda merah atau kegatalan, berhenti memakai baju langsing ini dahulu dan minta nasihat daripada doktor.
 
Soalan :    
Baju langsing Perfect Body ini datang dalam berapa warna?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini dijual dalam warna hitam dan juga warna skin colour(cream).
 
Soalan :
Saya sedang mengandung, bolehkah saya memakai baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Untuk wanita yang sedang mengandung, baju langsing Perfect Body ini tidak digalakkan untuk memakainya. Kandungan di dalam perut perlu dijaga dengan baik. Mengenai lemak atau bentuk tubuh, fikirkan selepas bersalin nanti. Bayi mestilah diutamakn terlebih dahulu berbanding tubuh badan atau lemak pada badan. Pakailah baju langsing Perfect Body ini selepas bersalin nanti untuk mengembalikan bentuk tubuh yang cantik.
 
Soalan :    
Saya sudah berumur 45 tahun, adakah baju langsing Perfect Body ini sesuai untuk saya?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini sesuai dipakai untuk semua peringkat umur. Bagi remaja, seelok-eloknya berumur 16 tahun ke atas.
 
Soalan :
Bolehkah saya gunakan baju langsing Perfect Body ini ketika bersenam?
 
Jawapan :
Boleh. Baju langsing ini direka untuk disesuaikan dengan tubuh badan manusia. Lagipun, dengan mengamalkan memakai baju langsing Perfect Body ini semasa bersenam akan memaksimakan lagi kesan dan matlamat anda untuk menurunkan atau melangsingkan tubuh badan. Saya      nasihatkan agar anda   membeli lagi satu set baju langsing Perfect Body untuk digunakan harian. Bila         anda sudah ada dua set. Satu boleh dipakai ketika bersenam dan satu lagi untuk kegunaan harian. Kebersihan tubuh badan akan lebih     terjamin.
 
Soalan :    
Bolehkah saya basuh baju langsing ini dengan mesin basuh?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini tidak boleh dibasuh dengan         mesin basuh. Dalam web ada dinyatakan baju langsing Perfect Body ini hanya boleh dibasuh dengan tangan dan     jangan gunakan peluntur.
 
Soalan :
Saya kerap membuang air selepas beberapa hari memakai baju langsing Perfect Body ini. Adakah ini kesan sampingan yang tidak baik untuk saya?
 
Jawapan :
Jangan bimbang, baju langsing Perfect Body sudah menunjukkan kesan yang baik terhadap anda. Teruskan memakai baju langsing ini. Untuk kesan yang maksima, minum air suam atau masak 8 gelas sehari. Ini akan memaksimakan kesan baju langsing Perfect Body ini ke atas anda.
 
Soalan :
Adakah baju langsing Perfect Body ini benar-benar berkesan?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini merupakan satu produk yang dapat membantu menurunkan berat badan dan melangsingkan bentuk badan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai berat badan ideal dan bentuk badan yang diingini, keazaman dan disiplin yang tinggi diperlukan untuk mencapai impian atau matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak berdisiplin dan menetapkan keazaman yang kuat, kita tidak akan mencapai apa yang kita impikan. Ini juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
 
Soalan :
Saya tidak mengalami masalah kegemukan dan badan saya terlalu kurus. Adakah saya sesuai untuk menggunakan baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini juga digunakan untuk mengekalkan bentuk tubuh supaya kelihatan cantik. Anda juga sesuai untuk memakai baju langsing ini untuk mengekalkan bentuk tubuh badan dan untuk membaiki pengaliran darah dalam badan anda. Ramai orang yang seperti anda telah membeli baju  langsing Perfect Body ini. Dengan pemakaian baju langsing Perfect Body ini diharapkan agar peredaran darah anda akan menjadi lancar dan selera makan anda juga bertambah. Ini akan membantu menaikkan berat badan anda. Selamat mencuba.
 
Soalan :
Bagaimanakah cara pemakaian baju langsing Perfect Body  yang betul?
 
Jawapan :
Cara pemakaian baju langsing Perfect Body ini ada diberitahu di dalam laman web. Walau bagaimanapun, sebagai peringatan adalah dinasihatkan untuk wanita memakai coli   sebelum memakai baju langsing Perfect Body ini dan lelaki    untuk memakai seluar dalam.
 
Soalan :
Berapakah jangka hayat baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Sekiranya anda mengikuti segala langkah penjagaan yang telah disenaraikan, baju langsing Perfect Body ini boleh bertahan sehingga ke 2 tahun setengah. Walau bagaimanapun ia masih bergantung kepada cara pengendalian baju langsing itu sendiri.
 
Soalan :
Badan saya terlalu besar. Ada tak saiz untuk saya gunakan baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Baju langsing ini direka dengan ‘free size’. Semua bentuk badan adalah sesuai untuk memakai baju langsing ini. Walau bagaimanapun, pihak kami mengesyorkan  pinggang yang melebihi 45” tidak sesuai untuk menggunakan baju langsing ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan rasa  tidak selesa. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya baju langsing yang digunakan rosak sekiranya anda tetap ingin menggunakan baju langsing walaupun pinggang anda melebihi 45”.
 
Soalan :
Saya ingin berkahwin dalam masa 3 bulan dari sekarang. Sempat tak untuk saya menurunkan berat badan dalam masa tersebut dengan menggunakan baju langsing Perfect Body ini?
 
Jawapan :
Baju langsing Perfect Body ini sememangnya dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan dan melangsingkan badan anda. Walau bagaimanapun kesan untuk setiap orang adalah berbeza antara satu sama lain.   Ia juga bergantung kepada disiplin dan keazaman anda. Masa adalah terlalu subjektif. Sesetengah orang dapat menurunkan berat badan dalam masa yang singkat manakala sesetengah lagi sebaliknya.
 
Soalan :
Bolehkah saya memakai baju langsing Perfect Body ini 24 jam?
 
Jawapan :
Sudah tentu boleh. Ini cukup digalakkan untuk memaksimakan kesan. Bagi tujuan kebersihan, anda digalakkan untuk mempunyai 2 set baju langsing Perfect Body bagi membolehkan anda sentiasa memakai baju langsing yang sentiasa bersih.
 
Soalan :
Saya baru selesai menjalani pembedahan. Dengan   menggunakan baju langsing Perfect Body ini, ada tak  sebarang kesan terhadap saya.
 
Jawapan :
Untuk pembedahan kecil, tiada sebarang masalah dalam penggunaan baju langsing ini. Walau bagaimanapun sekiranya anda baru lepas menjalani   pembedahan yang besar, dinasihatkan supaya anda tidak memakainya terlebih dahulu kerana luka pada bahagian yang dibedah perlulah dipastikan sembuh        dan bercantum dahulu. Sekiranya bahagian yang dibedah itu jauh daripada bahagian baju langsing, tiada masalah dalam penggunaan baju langsing. Misalnya di bahagian betis atau kaki. Sebaik-baiknya tunggulah luka  pembedahan tersebut sembuh dahulu. Tidak perlu terburu-buru.

Promosi!!!! Percuma sarung untuk lengan atau Kaki

*Terdapat dalam warna hitam dan skin colour. Sila maklumkan kepada kami warna pilihan di dalam ruang komen apabila membuat order.

(c) 2007 , BadanLangsing.com
 

Harga: RM220.00 RM200.00


Kod Produk: PBF001
Stok: 5 
Produk Pelangsingan HOT!! Produk SIY - Slim It Yourself
SIY

SIY – Slim It Yourself merupakan produk kesihatan dan kecantikan yang dapat turunkan berat badan anda dengan cepat dan selamat. Badan cantik yang sentiasa diidamkan dapat dibentuk dalam tempoh yang singkat. Kesan penurunan dapat dilihat dalam tempoh 10 hari sahaja. SIY – Slim It Yourself juga penting untuk kesihatan wanita dan lelaki yang berumur 15 tahun ke atas. Produk SIY – Slim It Yourself ini baik dalam menyingkirkan toksin daripada tubuh badan. Tidak perlu berlapar dan tiada tekanan diet. Hanya jalankan diet seimbang. Langsingkan badan anda dengan cepat dan selamat.

Produk HOT!! Rawatan Rambut
Ushine

Produk Krim UBAN USHINE dapat membantu merawat masalah uban, kelemumur, rambut gugur. Kesan dapat dilihat dalam masa 1 bulan - 3 bulan. Folikel rambut baru yang tumbuh akan lebih sihat dan hitam. Ushine sesuai untuk semua golongan 12 tahun ke atas.
Bakul Shopping
Bakul Anda Kosong.
0Produk Di Dalam Bakul:
RM0.00Jumlah:
Produk Popular
Promosi
  1. Tuala Wanita Anion
    Jimat RM32.00
  2. Baju Langsing Nano Perfect Body
    Jimat RM20.00
  3. Salindah Set Lengkap
    Jimat RM20.00
  4. Q-She DCL 100 kapsul
    Jimat RM18.00
  5. SET GLOWZ STAR dan GLUTA
    Jimat RM10.00
Bahasa
Matawang
Mesej Kami
En Pet

Puan Fied

Servis Penghantaran
Jejak Bungkusan
1-300-300-300
Cari kami di Facebook BadanLangsing Web
BadanLangsing Web

Rufida Ahmad Hamizan
Rufida Ahmad Hamizan

Petra Rahimi
Petra Rahimi

biodex Ushine Dunia Herbs HPM NurBeautyLine Ombak Besar STOP YUSMIRA Bio-Asli Leesa Formula Winalite Natasya Sendayu Tinggi DSS Salindah Lovelure Toner Permata Hijrah Jamu Mak Dara

Running with Search Engine Friendly Mod 6.0